|
Nama : Mareyah Binti Alias Umur : 62 Tahun Ahli PI : 8 Jun 2017 |
Latar belakang
Pn. Mareyah merupakan seorang suri rumah sebelum beliau menguruskan Kedai Kek Marey Co miliknya kini, dengan pengalaman bekerja di kedai kek dan tunjuk ajar dari ibu belaiu,kini beliau mula menceburi bidang membuat roti dan kek. Sekitar tahun 2015 beliau telah menubuhkan sebuah syarikat Marey Co Kedai kek & Roti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT, Pn. Mareyah hanya dapat memasarkan produk beliau di kawasan sekitar perumahan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga tidak berapa memuaskan dengan hanya RM500 hingga RM700.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah di perkenalkan kepada Pusat Internet Kg. Pasir Gogok, Pn Mareyah mula mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau melalui atas talian. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan hasil jualan produk beliau.