|
Nama : Tam Kock Soon Umur : 52 Tahun Ahli : 2018 Jenis Perniagaan : Sangkar Ikan |
Latar belakang
En Tam Kock Soon telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2018. Beliau merupakan penduduk Kampung Pasir Gogok yang sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet .Beliau juga merupakan seorang pengusaha sangkar ikan di Kampung Pasir Gogok yang berjaya . Beliau sering melibatkan diri dalam pelbagai jenis kelas, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pasir Gogok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak berapa mahir menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau minat untuk mendalami ilmu ICT di Pusat Internet . Beliau sering datang ke Pusat Internet Untuk belajar dan meminta bantuan daripada petugas. Beliau juga sering memperlajar cara pembayaran PERKESO untuk pekerja beliau. Beliau juga memperbaharui lesen perniagaan di Pusat Internet Komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya .Beliau juga sering mengikuti kelas atau bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet . Beliau lebih mahir dan mengetahui cara pembayaran PERKESO, membayar bil-bil, dan memperbaharui lesen perniagaan beliau. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan lain yang terdapat di Pusat Internet sepeti mencetak, penggunaan wifi dan sebagainya .